Tuesday 18 March 2014

Makanan untuk Mengawal Hypertension & Kolestrol Tinggi

Jujur...

Zaman sekarang....umur baru 30 tahun sudah ada hypertension...kolestrol tinggi?? Apa penyebabnya? Kalau ditanya...semua akan jawab mereka kerap STRESS...waktu muda-muda tak control makan....semua bedal saja..Malah saya pernah ada rakan sebaya yang terpaksa di warded kan kerana tekanan darah yang terlalu tinggi!!! Umur baru 27 tahun saja....

Tapi memang saya sendiri tak nafikan...dengan keadaan hidup yang semakin demanding, tambah lagi kehidupan di kota yang sesak...pergi kerja jam...balik kerja jam...work load yang tidak pernah habis...balik rumah da lewat...mana ada masa nak masak...tapau saja lah nasi bungkus kat kedai...
Almaklum lah...makanan di kedai belum tentu terjamin kebersihannya...dengan MSG lagi...

Semua ini penyumbang kepada penyakit-penyakit di atas...!

Ini adalah realiti yang hampir setiap orang hadapi...

Jom tengok makanan apa yang boleh bantu kita mengawal penyakit 3 serangkai ni..

5 Makanan Mengurangkan Hypertensi

1. Susu SkimApa itu susu skim? Susu skim ialah sejenis susu (lembu) yang mempunyai kurang 1% kandungan lemak di dalamnya, atau dalam bahasa mudahnya, “Susu Tepung Tanpa Lemak“. Susu skim merupakan antara susu yang sukar untuk dicari di Malaysia sebelum ini kerana permintaannya yang kurang menggalakkan. Kalsium dan Vitamin D yang ada dalam susu ini boleh bergabung untuk mengurangkan tekanan darah sebanyak 3-10 %.

2. Sayur Bayam - Rendah kalori, tinggi kandungan fiber serta padat dengan potassium, folate dan magnesium.Ini adalah nutrient utama untuk merendahkan serta mengekalkan tekanan darah. 

3. Kuaci - Sumber terbaik Magnesium. Tapi beli yang tidak bergaram yer..

4. Kentang bakar - Kentang sangat kaya dengan magnesium dan potassium. 2 nutrien penting untuk kesihatan jantung. Bila potassium rendah, badan kita akan retain sodium (terlalu tinggi sodium menyebabkan tekanan darah juga tinggi!) So.. bila kita amalkan diet-kaya potassium...badan kita akan cuba singkirkan kandungan sodium yang extra.. :)

5. Pisang - Buah ini sangat padat dengan kandungan potassium. Sesuai dijadikan snek on-the-go!!


5 Makanan Menurunkan Kolestrol

1. KACANG SOYA - Makanan kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Oleh sebab itulah, ia mampu menghindarkan diri anda daripada penyakit jantung dan kencing manis juga. Kandungan kalsium dan mineral didalamnya juga membantu anda memecahkan lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

2. Kismis - Sebatian yang terkandung di dalam kismis mampu menurunkan kolestrol. Jadi dengan mengamalkan diet 400 kalori kismis setiap hari, anda akan membantu tubuh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%

3. Kurma - Kaya dengan serat dan kandungan flavanoid. Jadi, ia mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Ikan Tuna - Selain salmon, ikan tuna juga merupakan salah satu sumber Omega-3. Umum mengetahui Omega-3 berupaya melindungi tubuh dari peningkatan kadar kolestrol LDL.

5. Coklat - Coklat hitam mengandungi antioksidan dan flavanoid yang memang bagus untung kurangkan kolestrol jahat.





Credit:
1. http://www.joybauer.com/
2. Majalah Pa&Ma Apr14
       

Tuesday 11 March 2014

Kenapa Muka Kita Banyak Pigmentasi??

Tompokan gelap, warna kulit tidak sekata, jeragat. Inilah contoh pigmentasi!!
Pigmentasi memberikan kesan kepada warna kulit kita. Sebenarnya kulit kita mendapat warna daripada pigmen yang dipanggil Melanin. So apabila sel-sel ini rosak, penghasilan pigmen juga menjadi tidak betul. Apabila pigmen Melanin terlebih menghasilkan pigmen...kulit kita jadi GELAP.

Erkk.. kadang-kadang ada orang kita lihat mukanya tidak semua gelap tapi bertompok-tompok gitu. Kalau nak tahu, pigmentasi ini sebenarnya ada dua jenis:


  • Hypopigmentation (pengurangan pigmentasi kulit-terdapat bahagian kulit menjadi  tompok lebih cerah)
  • Hyperpigmentation (peningkatan pigmentasi kulit- biasa terjadi dengan tompokan lebih gelap)




Hypopigmentation

Hyperpigmentation



Penyebab Utama Pigmentasi?


  • Genetik
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Ketidakstabilan hormon
  • Kehamilan (orang hamil selalunya ada bahagian kulit mereka menjadi gelap...contoh?? Ketiak!)
  • Pil Perancang
  • Menopause
  • Kecederaan kulit
  • Kesan dari rawatan kulit
Memanglah kalau umur kita sudah meningkat, perkara ini adalah biasa. Tapi cuba bayangkan anda baru sahaja berumur 27 tahun...tengah at peak of life or career. Hmm...agak memalukan sikit bila jadi macam ni...why? Anda nampak tua dari usia sebenar....tension kan kalau macam ini.

Langkah Pencegahan


Sila pastikan anda memakai pelindung UV ketika hendak keluar rumah....ataupun pastikan pelembap yang ada pakai tu ada pelindung UV okay. Minimum SPF 30+ supaya boleh menghalang sinaran UVA dan UVB. Kalau anda kerap melakukan aktiviti outdoor, pastikan anda memakai lebih kurang setiap 3 hingga 4 jam.



Rawatan Natural

1Kentang/Potato: Ambil potongan kentang ini dan gosokkan perlahan-lahan ke bahagian kulit yang ada pigmentasi tu. 


2. Lemon/Lime: Campurkan lemon dengan madu dan sapukan ke kulit muka anda. Lemon boleh bertindak sebagai peluntur manakala madu pula sebagai pelembap. Tapi kalau kulit sensitive or tengah ada rashes jgn la guna method ni...menangiss nanti.


3. Bawang merah: Salah satu yang paling effektif. Potong sikit pastu gosok dekat bahagian kulit yang ada pigmentasi.



4. Timun: 1 sudu besar jus timun + 1 sudu besar madu + 1 sudu besar jus lemon = Best result.



Tapi kalau anda sudah terlalu malasssss sekali nak melayan benda-benda kat atas ni...haaaaaaaa....


3 sudu besar sehari. Boleh campur dengan orange juice, milo, horlicks dan macam2 lagi...
Tompok-tompok hitam hilang...kulit jadi sekata..stretch marks dulu pun hilang...bonus boleh KURUS.



Berminat??




Nad Mohd
Shaklee ID: 893843
Whatsapp/PM: 0174015580




Monday 10 March 2014

Selamatkah Penyusuan Badan Ketika Hamil?



Jawapan pendek untuk tanda tanya di atas ialah "Ya. Adalah selamat jika seorang ibu yang hamil masih ingin menyusukan anaknya".

Jika ibu tersebut memperolehi nurient yang cukup serta mengamalkan langkah hidup yang sihat. Tiada sebab mengapa penyusuan badan harus dihentikan. Kunci perkara ini ialah amalkan pemakanan sihat dan seimbang dan pengambilan air yang cukup.

Memandangkan sebagai orang Melayu, jujurnya kita banyak pantang larang. Ada orang kata, jika ibu yang hamil meneruskan penyusuan badan, ada kemungkinan untuk menyebabkan kelahiran pra-matang. Hal ini disebabkan oleh rangsangan kepada puting susu yang menyebabkan rembesan hormon Oxytocin.

Dua fungsi utama Oxytocin ialah bertindak sebagai chemical messenger yang memberitahu breast tissue supaya contract and eject milk (milk ejection reflex). Hormon ini juga memberi maklumat kepada uterine tissue untuk contract

Akan tetapi mengikut kajian pada tahun 1993 yang dilakukan oleh Sherill Moscona ke atas 57 orang ibu-ibu hamil tetapi masih meneruskan penyusuan badan, tiada kesan-kesan yang buruk berlaku ke atas bayi di dalam perut mereka sehinggalah dilahirkan. Malah kebanyakan ibu-ibu tersebut meneruskan dengan "tandem nursing" pula. 

Kesimpulanya, walaupun rangsangan kepada puting susu akan menyebabkan rembesan hormon Oxytocin, tetapi kuantitinya adalah terlalu sedikit untuk menyebabkan kontraksi serta kelahiran pra-matang. Malah, fetus tersebut juga dilindungi oleh uterus yang berada dalam 'baby holding mode'. 

Namun jika anda pernah mempunyai sejarah kelahiran pra-matang atau komplikasi semasa mengandung, silalah merujuk kepada Gynae anda sebelum meneruskan hasrat ini. 



Sumber: Kellymom.com & Babycentre.com











Nad Mohamad
Shaklee ID: 893843
Whatsapp/PM: 0174015580