Monday 10 March 2014

Selamatkah Penyusuan Badan Ketika Hamil?



Jawapan pendek untuk tanda tanya di atas ialah "Ya. Adalah selamat jika seorang ibu yang hamil masih ingin menyusukan anaknya".

Jika ibu tersebut memperolehi nurient yang cukup serta mengamalkan langkah hidup yang sihat. Tiada sebab mengapa penyusuan badan harus dihentikan. Kunci perkara ini ialah amalkan pemakanan sihat dan seimbang dan pengambilan air yang cukup.

Memandangkan sebagai orang Melayu, jujurnya kita banyak pantang larang. Ada orang kata, jika ibu yang hamil meneruskan penyusuan badan, ada kemungkinan untuk menyebabkan kelahiran pra-matang. Hal ini disebabkan oleh rangsangan kepada puting susu yang menyebabkan rembesan hormon Oxytocin.

Dua fungsi utama Oxytocin ialah bertindak sebagai chemical messenger yang memberitahu breast tissue supaya contract and eject milk (milk ejection reflex). Hormon ini juga memberi maklumat kepada uterine tissue untuk contract

Akan tetapi mengikut kajian pada tahun 1993 yang dilakukan oleh Sherill Moscona ke atas 57 orang ibu-ibu hamil tetapi masih meneruskan penyusuan badan, tiada kesan-kesan yang buruk berlaku ke atas bayi di dalam perut mereka sehinggalah dilahirkan. Malah kebanyakan ibu-ibu tersebut meneruskan dengan "tandem nursing" pula. 

Kesimpulanya, walaupun rangsangan kepada puting susu akan menyebabkan rembesan hormon Oxytocin, tetapi kuantitinya adalah terlalu sedikit untuk menyebabkan kontraksi serta kelahiran pra-matang. Malah, fetus tersebut juga dilindungi oleh uterus yang berada dalam 'baby holding mode'. 

Namun jika anda pernah mempunyai sejarah kelahiran pra-matang atau komplikasi semasa mengandung, silalah merujuk kepada Gynae anda sebelum meneruskan hasrat ini. 



Sumber: Kellymom.com & Babycentre.com











Nad Mohamad
Shaklee ID: 893843
Whatsapp/PM: 0174015580


No comments:

Post a Comment