Tuesday 18 March 2014

Makanan untuk Mengawal Hypertension & Kolestrol Tinggi

Jujur...

Zaman sekarang....umur baru 30 tahun sudah ada hypertension...kolestrol tinggi?? Apa penyebabnya? Kalau ditanya...semua akan jawab mereka kerap STRESS...waktu muda-muda tak control makan....semua bedal saja..Malah saya pernah ada rakan sebaya yang terpaksa di warded kan kerana tekanan darah yang terlalu tinggi!!! Umur baru 27 tahun saja....

Tapi memang saya sendiri tak nafikan...dengan keadaan hidup yang semakin demanding, tambah lagi kehidupan di kota yang sesak...pergi kerja jam...balik kerja jam...work load yang tidak pernah habis...balik rumah da lewat...mana ada masa nak masak...tapau saja lah nasi bungkus kat kedai...
Almaklum lah...makanan di kedai belum tentu terjamin kebersihannya...dengan MSG lagi...

Semua ini penyumbang kepada penyakit-penyakit di atas...!

Ini adalah realiti yang hampir setiap orang hadapi...

Jom tengok makanan apa yang boleh bantu kita mengawal penyakit 3 serangkai ni..

5 Makanan Mengurangkan Hypertensi

1. Susu SkimApa itu susu skim? Susu skim ialah sejenis susu (lembu) yang mempunyai kurang 1% kandungan lemak di dalamnya, atau dalam bahasa mudahnya, “Susu Tepung Tanpa Lemak“. Susu skim merupakan antara susu yang sukar untuk dicari di Malaysia sebelum ini kerana permintaannya yang kurang menggalakkan. Kalsium dan Vitamin D yang ada dalam susu ini boleh bergabung untuk mengurangkan tekanan darah sebanyak 3-10 %.

2. Sayur Bayam - Rendah kalori, tinggi kandungan fiber serta padat dengan potassium, folate dan magnesium.Ini adalah nutrient utama untuk merendahkan serta mengekalkan tekanan darah. 

3. Kuaci - Sumber terbaik Magnesium. Tapi beli yang tidak bergaram yer..

4. Kentang bakar - Kentang sangat kaya dengan magnesium dan potassium. 2 nutrien penting untuk kesihatan jantung. Bila potassium rendah, badan kita akan retain sodium (terlalu tinggi sodium menyebabkan tekanan darah juga tinggi!) So.. bila kita amalkan diet-kaya potassium...badan kita akan cuba singkirkan kandungan sodium yang extra.. :)

5. Pisang - Buah ini sangat padat dengan kandungan potassium. Sesuai dijadikan snek on-the-go!!


5 Makanan Menurunkan Kolestrol

1. KACANG SOYA - Makanan kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Oleh sebab itulah, ia mampu menghindarkan diri anda daripada penyakit jantung dan kencing manis juga. Kandungan kalsium dan mineral didalamnya juga membantu anda memecahkan lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

2. Kismis - Sebatian yang terkandung di dalam kismis mampu menurunkan kolestrol. Jadi dengan mengamalkan diet 400 kalori kismis setiap hari, anda akan membantu tubuh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%

3. Kurma - Kaya dengan serat dan kandungan flavanoid. Jadi, ia mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Ikan Tuna - Selain salmon, ikan tuna juga merupakan salah satu sumber Omega-3. Umum mengetahui Omega-3 berupaya melindungi tubuh dari peningkatan kadar kolestrol LDL.

5. Coklat - Coklat hitam mengandungi antioksidan dan flavanoid yang memang bagus untung kurangkan kolestrol jahat.





Credit:
1. http://www.joybauer.com/
2. Majalah Pa&Ma Apr14
       

No comments:

Post a Comment